Photobucket

Topik Orang Selalu Jenguk...

Monday, January 10, 2011

AD-DIN

Thursday, December 23, 2010

VIDEO yg ANDA nak TENGOK


Tajuk :  Kartun Yang 'Memberontak'


Tajuk: Creative Adv (aweks ne lawa..diam-diam je)

Tuesday, December 21, 2010

BRAND

Tuesday, December 14, 2010

ADMIN LINK PANTAS TULIS



Bisnes tidaklah MUDAH, namun tidaklah SUKAR!

Gambar 3

Gambar 2

Gambar 1

Pembaca budiman sekalian.

Kali ini, kita nak melanjutkan perbincangan tentang perniagaan. Jika kita sebut perniagaan, ia tidak boleh lari dari perniagaan yang di promosikan dalam internet.

Perniagaan pada masa sekarang ini memerlukan internet sebagai medium promosi dan marketing.
Ini adalah unsur penting dalam perniagaan tanpa batasan.

Malangnya, tidak semua yang tahu dan benar-benar faham bagaimana hendak mempromosikan produk/aset dalam internet agar ia benar benar berkesan dan efektif.

Kita akan ceritakan sedikit kelemahan yang ketara yang sebenarnya perkara ini 'simple' sangat, yang kita boleh elakkan dan hindari.

Gambar Produk
Cuba anda lihat gambar 1 di atas, pemilik mempromosikan homestay sebagai tempat pilihan menginap, tetapi, kita lihat gambar yang di ambil tidak mencerminkan dia mahukan pelanggan menginap di homestay nya. Dengan gambar berpagar, maka siapakah yang tertarik untuk menginap di homestay nya?

Lihat pula gambar 3, kemasan pada tilam dan katil menampakkan ketidakselesaan kepada yang hendak menginap. Inikah gambaran yang hendak kita berikan kepada pelanggan kita?

Bezakan dengan gambar 2 di atas, kelihatan biliknya di kemaskan dengan cadar dan tilam yang menarik, teknik gambar pun di ambik secara teratur. Jika anda sebagai pelanggan, dengan harga yang sama, mana satu pilihan hati anda? Jika gambar 2, anda boleh terus ke http://bestwaykuchingtour.blogspot.com utk menempah homestay ini, link http://bestwaykuchingtour.blogspot.com/2011/03/pakej-homestay.html

Sebenarnya, banyak lagi perkara lain yang wajar kita pertimbangkan dalam meletak gambar dan mempromosikan produk anda di dalam laman internet. Salah satu nya adalah gambaran yang betul, menarik untuk produk yang kita jual.

Bisnes tidaklah mudah, namun tidaklah sukar seperti yang kita sangka! tak begitu kawan-kawan ?

sharing si caring !

Selamat berjaya !
Penulis adalah
Pengurus Lamankeklapis
Penulis di linkpantas







TIPS BISNES ON-LINE

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menuju TAQWA..kerana itulah matlamat utama puasa...mendidik, mentarbiah diri utk menjadi hamba BERTAQWA...

Sebelum saya pergi jauh, izinkan saya untuk memohon maaf atas jarang sekali utk update di blog ini, selain sibok dengan kerja semasa, saya juga terlibat dalam MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE SARAWAK...majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi menambahbaik aktiviti aktiviti HIDAYAH CENTRE SARAWAK yang berfungsi sebagai pusat sokongan SAUDARA BARU...mereka adalah saudara kita....utk maklumat lanjut sila layari http://miphcsarawak.blogspot.com

Perkara Kedua - TIPS ON-LINE BUSINESS



Saya bukanlah sehebat Irfan khairi utk menceritakan tips sehebat Irfan Khairi, namun percayalah, anda tidak mungkin menjadi Irfan Khairi kerana watak dan kekuatan manusia itu berlainan, apa yang saya cuba sampaikan adalah bagaimana anda menggunakan kekuatan anda itu untuk menjadi usahawan ON-LINE..

ketika saya berkursus usahawan, saya cuba selindungkan profil saya, saya tidak berminat dengan 'sijil lulusan U' saya..saya hadir di Kurus Usahawan utk belajar seperti juga mereka...maka saya cuba sedaya upaya merahsiakannya...saya hanya mempromosi apa yang saya buat sebagai on line business, ramai yang terkejut dan 'kagum' dengan saya apabila melihat blog lamankeklapis saya, namun kekaguman mereka tidak menyebabkan saya melayang di awangan..Saya juga bercerita dengan mereka, saya pernah mencapai hasil jualan RM 20 ribu dalam masa 3 bulan....apabila mereka melihat blog lamankeklapis yang saya buat sendiri..mereka kagum (kerana saya bukanlah latarbelakang IT dan computer)...

Saya mempelajari buat blog dll yang bersangkutan hanya dengan belajar sendiri..belajar dari guru saya..guru saya pada masa itu adalah internet...seperti mana yang kita faham..internet adalah segala-galanya dalam dunia global..anda boleh duduk di US dan menganggu sistem yang berada di seluruh dunia...tidakkah itu ajaib?...Internet memiliki segala-galanya tetapi ia juga mempunyai kelemahan sesuai dengan batas manusia...

Berbalik dengan cerita asal..lamankeklapis.blogspot saya di lawati lebih 30 lebih sehari...dan kadangkadang sehingga 70 sehari...ambil sahaja 30 sehari..dalam sebulan (tolak sabtu dan ahad)...bulanan lebih kurang 30 x 20 hari = 600 pengunjung sehari...kalau kedai 'fizikal'...600 sebulan adalah sesuatu yang cukup menyesakkan kedai runcit anda ! Ini sebenarnya yang berlaku dalam perniagaan internet...ini sebenarnya yang berlaku dalam  ruang seorang yang bergelar pengurus usahawan ON-LINE...anda di mana?

Oleh kerana ramainya yang mengunjungi blog anda dalam sehari..anda pasti tidak mahu mereka berlalu sahaja tanpa membeli produk anda..Betul?...inilah yang di harapkan oleh anda bukan?

Seorang pernah bertanya saya, bagaimana membuat pengunjung membeli produk mereka dalam blog mereka...bagaimana anda rasa?

Hari ini, saya akan kongsikan pengalaman ini (sebenarnya saya ingin membuat perkongsian dalam e-book- namun nampak gayanya keterbasan masa tidak mengizinkan)...ramai orang boleh buat blog dengan baik..ramai orang boleh paste pelbagai widget dalam blog mereka..tidak cukup denga itu...tambah lagi dengan lagu...tambah warna-warni...tambah burung yang terbang..tambah kartun widget....dan akhirnya hanya menjual tudung....

Sebagai pengunjung yang mencari tudung....mereka bukannya nak tgk widget anda yang banyak tu.mereka bukan nak belajar buat blog..mereka cuma datang nak membeli tudung....bukan nak dengar lagu yang anda pasang pada blog anda...betul tak?..maka, kenapa anda letak semua widget ini yang melampau-lampau sedangkan anda menjual tudung?...satu lagi kelemahan adalah, internet di malaysia tidak sebaik luar negara...dengan banyaknya widget anda akan melembapkan capaian..akhirnya pelanggan akan lari...inikah yang anda mahu? Tentu tidak bukan?

FRIENDLY..



Apa yang ingin saya jelaskan...blog anda mestilah 'mesra'..dan mudah..tidak menyakitkan mata...dan ada form utk membeli sepertimana yang saya pernah ceritakan dulu...Bayangkan, jika kedai fizikal...kita melayani mereka dengan kasar..adakah mereka akan datang semula?...begitu juga dengan blog kedai kita...kita kena wujudkan rasa mesra dan indah bersama pengunjung internet kita...tanpanya kita akan gagal dalam melayani pelanggan yang berpotensi kita...

Itulah tips untuk kali ini yang ingin saya kongsikan..terdetik nak menulis apabila ada beberapa orang yang 'hello' di bahagian shoutmix lamankeklapis saya...tapi apabila di terjah blog nya..amat mengecewakan...mungkinkah saya antara pembeli yang berpotensi membeli produk anda, namun atas kegagalan blog anda 'melayani' saya dengan baik..saya terus tutup blog anda...

Mari berubah..jika betul-betul mahu menjadi usahawan on -line...baca dan terus baca...tentang bisnes on-line...

Sekian utk kali ini...

BAHTIAR MAHIDIN
merangkap PENGURUS LAMANKEKLAPIS

selamat berpuasa...

3.30 ptg, 9 Ramadhan 1434...



JOM  BeLAJAR  buat  FLASH BANNER- 7 steps


Sudah lama tidak menulis di ruangan ini, selain menyiapkan beberapa

 projek termasuklah www.aqsasyarifsarawak.webnode.com dan

 www.bestwaykuchingtour.blogspot.com, selain dari tugas harian di

 pejabat. Itu projek terbaru yang sedang di kemaskini.

Terus ke point artikel ini. Mungkin anda salah seorang yang mempunyai blog bisnez, dan mungkin anda salah seorang yang sedang mencari bagaimana untuk membuat flash banner sendiri utk biznez anda. Sepertimana yang kita sudah tulis sebelum ini, betapa pentingnya promosi blog kita ke dunia internet, promosi dan terus promosi. Flash Banner adalah salah satu medium dalam membuat promosi blog kita.

Apa itu flash banner?...dalam bahasa mudah flash banner adalah 'iklan on-line' yang kita boleh letak di mana-mana terutamanya utk tujuan promosi, banner ini akan link terus ke blog kita. Ia umpama capaian mudah bagi pelanggan terus ke blog kita tanpa melalui medium lain. Adapun perkataan 'flash' adalah kerana banner ini selalunya di buat 'kelip-kelip' agar ia menarik pelanggan untuk klik di banner kita. Itu  secara formal, apa yang di istilahkan sebagai flash banner.

Langkah Pertama

  
Sila download photoscape ke dalam lap top/pc anda. Software ini akan memudahkan anda untuk membuat banner dengan pantas dan efektif. (walaupun ada software lain- namun software ini amat bagus untuk kita buat banner dengan cara sendiri)


Langkah Kedua

Buka perisian baru yang anda download tadi.

Tgk button menu di atas : Viewer, Editor, Batch Editor, Page,...Animated Gift, dan seterusnya...

ada bukan?...selesai dan berjaya langkah kedua...jom kita terjah langkah ketiga


Langkah Ketiga

Sebelum masuk ke langkah ketiga, anda harus ada gambar file untuk di jadikan 'background' banner anda. Untuk contoh, gunakan apa-apa gambar dalam format jpg, atau Gif.

Setelah itu, anda klik pada button 'EDITOR'. anda akan dapat lihat folder yang berada di dlm pc anda dan imej yang ada. Cari folder anda yang anda simpan gambar anda tadi. dan klik pada gambar/imej yang anda hendak jadikan background banner anda. Mudah bukan?....tak menjadi?....cuba lagi..dan fahami step demi step apa yang saya jelaskan tadi.


Langkah Ke-4

Anda sudah klik pada imej bukan...imej itu sudah terpampang dalam kotak besar imej di dalam photoscape. Ya..imej itu akan terpampang di muka hadapan photoscape. Sekarang anda kena tentukan size banner anda, sama ada 125 px x 125 px atau selain itu....(utk asas, kita belajar untuk buat banner 125 x 125 px)

Set kan size banner anda. Di bahagian bawah, terdapat button 'RESIZE'. klik button ini, dan akan terpampang satu ruangan untuk tentukan size banner. Masukkan 125 di ruangan height dan width (Jgn lupa klik kotak- preserve aspect ratio)

Imej anda sudah menjadi 125 x 125 px. Tahniah, anda berjaya melakukannya.


Langkah ke -5

Klik Button 'OBJECT', button ini adalah untuk memasukkan tulisan, gambar dll. Cari button 'T' untuk input text kita. Tulis apa-apa ayat yang anda suka. Contoh anda tulis 'linkpantas'. Anda boleh edit tulisan, font dan warna serta effect pada tulisan tersebut. Anda boleh cuba sendiri.


Langkah ke -6

Save dahulu kerja anda, sila 'save as' dan letakkan nama file yang baru. Contoh : Banner A.
Ulangi langkah 3 sehingga 5, dan ubah text pada ayat lain seperti 'link saya' dan save as dengan nama Banner B, seterusnya sehingga Banner C.


Langkah ke -7

Sekarang, anda sudah mempunyai file yang mempunyai nama Banner A, Banner B dan Banner C.

Klik button 'ANIMATED GIFT'- di sini, anda boleh mengabungkan file banner anda menjadi satu file..yakni satu flash banner. Anda sudah hampir berjaya.

Klik folder yang anda simpan file Banner A, B dan C tadi..dan drag gambar file banner A, B dan C tadi ke ruangan kosong di atas. 

Dan anda lihat, banner yang anda cantumkan menjadi 1 flash banner yang indah hasil kerja seni anda. Tahniah untuk kali kedua.







Langkah Terakhir

Adjust masa dan effect banner anda mengikut kesesuaian, akhir sekali, 'save as' banner anda dengan nama file yang lain. Flash banner anda sudah hampir siap.

Namun bagaimana nak guna dan hosting flash banner anda?...kenapa bila klik pada banner saya tidak link terus ke blog saya?....nak tahu...inshALLAH..kita berjumpa di lain hari, di lain masa...inshALLAH..akan diterangkan dengan jelas.

Sekian sahaja untuk kali ini. Di bawah adalah contoh Flash Banner Bestwaykuchingtour...Saya yakin, anda mampu buat lebih baik dari ini...





______________________________________________




BELAJAR SESUATU HARI INI...


Setiap hari kita belajar, sama ada secara langsung atau tidak, atau secara sengaja atau tidak sengaja. Pencipta kita memberi kelebihan kepada manusia dengan akal yang membedakan kita dengan makhluk lain, Ya..kita lah manusia yang bijak itu, akal kita boleh menganalisis sesuatu perkara sebelum ianya membuat keputusan atau menghasilkan sesuatu cetusan idea.

Dalam perniagaan jual beli di internet, pelbagai perkara perlu di pertimbangkan dalam mempromosi jualan dan ke mana harus di promosikan.


Ada 2 perkara yang harus di ambil perhatian oleh penjual atau blogger yang menjual produk mereka.

1. Promosi di mana?

2. Produk yang bagus

Promosi memainkan peranan besar dalam perniagaan, memikirkan SASARAN PASARAN yang betul dengan mempromosikan barang yang ada di TEMPAT yang betul. Sasaran pasaran bermaksud tempat yang di sasarkan mempunyai 'DEMAND' yang tinggi, manakala tempat yang betul adalah SALURAN di mana kita mempromosikan barang jualan kita. Sebab itu, dalam banyak web yang mengiklankan sesuatu barang, mereka mempunyai 'categories' yang pelbagai, ini kerana pengguna/pembeli akan mengkategorikan/memudahkan pencarian mereka dengan memilih kategori yang di kehendaki. Salah satu sebab mengapa ruangan 'SEARCH BUTTON' masih ada sampai hari ini. Seperti mana kita belajar selalu, kuasa pengguna adalah segala-galanya dalam perniagaan.

Produk yang bagus (berkualiti)

Produk memainkan peranan yang besar, produk yang bagus akan selalu di lihat berbanding produk yang kurang baik. Produk yang bagus tidak sepertinya mahal, pernah saya membaca sebuah e-book, yang menyatakan, kita wajar menjual apa yang di KEHENDAKI PASARAN bukannya semata-mata kehendak kita. Jika kita memastikan KEHENDAK PASARAN di maksimakan dalam pemilihan produk kita, inshALLAH, produk kita akan mendapat tempat di hati. Produk yang bagus bukannya kerana ianya mahal, namun istilah 'bagus' itu sebenarnya subjektif, namun yang pasti bagus adalah ia di beli oleh ramai pembeli, dan mempunyai pasaran yang meluas.

Semalam saya di kejutkan oleh taluan sms menanyakan tentang barang jualan saya, teori di dalam e-book yang saya baca tergunapakai dalam jualan kali ini. Dan petang ini, saya akan berjumpa dengan bakal pembeli produk yang saya jual tidak sampai 6 jam saya membuat promosi, ia sudahpun popular dan mendapatkan 'buyer' nya tersendiri. Ingat PROMOSI di TEMPAT yang betul dan SASARAN yang betul. Saya belajar sesuatu yang baru semalam tanpa saya sedari dan saya inginkan ia di kongsi buat blogger atau mereka yang menjual produk ON LINE....selamat maju jaya !


___________________________________________________________



WIDGET YG PENTING DALAM BLOG ANDA...


Dalam Blog terdapat banyak widget dan 'slot'. Ada yang menarik dan ada yang bermanfaat untuk sesebuah blog yang di hasilkan. Penyerapan widget yang bersesuaian adalah penting sesuai dengan apa yang hendak kita pamerkan kepada pembaca blog.

Dalam banyak-banyak widget, ada 1 widget wajib ada yakni, ShoutMix chat widget



Kenapa widget shoutMix chat ne penting?

1. yang pertama, ia merupakan alat komunikasi 'on-line' walaupun anda tidak 'on-line' pada masa itu. Maka ia merupakan alat yang efektif utk kita tahu jika ada pembaca blog yang ingin menyatakan sesuatu (selain iklan mereka....he...he..)

2. kedua, ia merupakan timbal balas balik dalam perhubungan. Jika anda melawat sesebuah blog ada widget ini, dan blog anda pulak tidak ada widget ini, maka ia merupakan satu 'kejanggalan' di pihak pelawat. Inilah yang berlaku pada saya, ketika 'menziarahi' blog yang menziarahi blog kita, blog mereka tiada widget ini. Kalau dalam perniagaan, sudah pasti ia merupakan 'elemen rugi' dalam pencarian pelanggan.

3. widget ini juga berperanan sebagai medium penyampaian maklumat yang pantas dan berkesan (utk hal-hal yang kecil dan tidak terlalu panjang) atau info yang pantas untuk di sampaikan kepada pembaca. 

Inilah antara 3 kelebihan widget ini yang 'wajib' ada di dalam setiap blog. 

anda...ada tambahan lain?...jika anda tidak mempunyai widget di atas..sila lah ke web tersebut..ianya free....

___________________________________________________________

5 yang naik !


a. RON 95 naik 5 sen menjadi RM 1.90 seliter

b. Diesel naik 5 sen menjadi RM 1.80 seliter

c. gas naik 5 sen menjadi RM 1.90 sekilogram

d. gula naik 20 sen menjadi RM 2.10 sekilogram

e. naik angin !


sabar dan kawan-kawan, mungkin ini masanya kita berfikir bagaimana untuk memulakan perniagaan sendiri, mula dari yang kecil dan teliti, insyALLAH.

Jgn melenting tak tentu pasal, kita mempunyai hak untuk mengundi, semua rakyat mempunyai hak, apa-apa pun kita wajar berfikir untuk menyatakan hak kita sebagai warga Malaysia


______________________________________________________________________________



5 SEBAB Kenapa Perlu Ada BLOG sendiri?

Ramai dari kita yang berniaga dalam internet, malah ramai yang berniaga di facebook. Tidak di nafikan berniaga di facebook amat mudah, dengan memasukkan gambar dan 'tag' kan gambar tersebut kepada kawan kawan...anda sudah dapat pembeli.



Jauh di sudut lain, anda perlu fikirkan kenapa anda cuma menjadikan 'link' bisnes anda hanya di dalam fb? kenapa tidak mewujudkan BLOG Perniagaan sendiri...Kenapa saya usulkan BLOG?

5 Sebab kenapa anda perlu BLOG Perniagaan sendiri

1. Link mudah dan pantas utk pembeli atau kawan fb anda melihat dengan lebih jelas apa yang anda jual.

2. dengan BLOG anda boleh tahu siapa pembeli anda, dan mengekalkan prestasi jualan anda, kerana dengan adanya BLOG, mereka meninggalkan jejak, dan ini membantu mempromosikan barang jualan anda.

3. BLOG menaikkan trafik ke 'gudang' jualan anda. Tanpa trafik, kedai anda kosong tanpa pengunjung.

4. BLOG memudahkan tatacara pembelian sesuatu produk

5. BLOG umpama 'KEDAI MAYA'...jika tiada blog, bagaimana kedai anda berfungsi (jika suatu hari nanti fb akan di kenakan bayaran)..utk jangka masa panjang perniagaan kita.

Fikir-fikirkan..selamat beramal.....



Jom Link Aqsa Syarif .com









Salam semua...

Terima kasih kerana menyokong linkpantas.blogspot.com

Ramai di antara kita yang mempunyai BLOG...atau web sendiri. Tahniah buat semua.

Straight to the point...tujuan posting ini adalah utk kita sama sama letakkan banner aqsa syarif.com ke dalam blog atau web kita...sesekali berbudi..insyALLAH akan di balas ALLAH....

Jom kawan kawan...kita sokong saudara kita di Palestin...jgn lupakan air mata kanak kanak Palestin....mereka adalah darah daging kita...satu aqidah dan sesama MUKMIN.

Jom copy paste link ini..di blog masing..masing..anda boleh ubah saiz nya sendiri..atau create sendiri logo palestin....jika ada yang dapat create logo palestin yang menarik..sila e-mail kami ok..

Terima kasih....


<a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://www.aqsasyarif.com/"><img style="float:right; margin:0 0 10px 10px;cursor:pointer; cursor:hand;width: 125px; height: 246px;" src="http://2.bp.blogspot.com/_Ndw2veeBPbs/TE_TBskSVvI/AAAAAAAAAr8/335OID-znAo/s400/Aqsa+-Bantuan.jpg" border="0" alt="" id="BLOGGER_PHOTO_ID_5498845696139351794" /></a>

_______________________________________________________________________________





Assalamualaikum wbt, kat mana mana, aku mesti nak gak ucap salam ne, korang jgn tak jawab..



Em..ne blog yang di rasmikan pada 1 Disember 2010..penghujung tahun 2010..tak lama lagi 2011..

Ruangan ini satu-satunya di 'TULIS'...dan akan membicarakan tentang apa sahaja...yang terlintas atau tersurat di mana-mana..ruangan inilah yang akan menjadi satu ruangan menulis...belajar menulis..dan menyampaikan idea..sudah sampai masanya utk kita berkongsi-kongsi link...sudah sampai masanya kita berubah...memperluaskan idea korang semua dalam blog ne...em...boleh kan..kongsi-kongsi link korang...

Mudah je..korang daftarkan Blog korang kat tepi tu..nnt pandai -pandai aku ler buat kerja....

apa yang penting kerjasama..apa yang penting kerjasama...em.betul ker kerjasama penting?

nnt aku tulis lagi ok..korang kan suka membaca...